Ape Sudah Berlaku??

Ni screenshot 11.21am (baru lagi) saje nk test ping kelip.. Tup+tup ade “request timed out” kelaka giler.. so that indicate that there is so much congestion on the network

Ni screenshot 11.21am (baru lagi).. Selalu terjadi.. buka website, confirm jd cam nie dulu.. pas refresh (F5), baru la dapat masuk kelip… bukan takat kelip je.. ruzaimi.wordpress.com pn turut terjejas sama.

Final Java (Tips kate nyer)

Bahagian A
->Output
->Ralat
->Definisi
->Dan lain-lain yg dirasakan perlu

Bahagian B
-> 4 question (jawab 3)
(2 GUI termasuk Applet, 2 Text Based)

Exam Time.. (_ _”)

Kepada : – Kawan-kawan sekalian.. 🙂

Final exam bakal menjelma.. Sudah tentu kalian semua telah bersedia dan menyiapkan diri untuk menghadapi hari-hari yang penuh bermakna.. Okie la.. Kalian laksanakan yang terbaik, disamping dengan berkat doa Mak n Ayah,  kalian pasti akan berjaya di suatu hari nanti..

Disini juga aku mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf andai kata selama hari ini ada yang tersinggung perasaan, terkasar bahasa, dan macam-macam lagi yang TER..TER.. ek..

SEMOGA BERJAYA RAKAN-RAKANku  (^_^)v

Lame Xupdate.. (__’)

Salam semua… Haih lame xupdate blog. tah kenape rase malas semacam je.. Klu dulu alasannye xdapat internet.. tp sekarang connection internet dapat (very good lagi :p).. hurm… Xnak crite yang tu panjang2 sgt.. perkara remeh je…

Baru tadi, bosan2 aku pn search kat googel pasal chocolate, nampak la keunikan chocolate nie.. wah.. cantik n menarik.. Kalu ade dpan mate pn sayang nak makan.. 😛

Rase2 bole jugak bagi pada yang tersayang.. 🙂

“Kawan vs Kekasih”

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH…
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH…
ANDA tergolong dari yang mana…???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati …hadirnya KAWAN sebagai

sahabat sejati …berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ….

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak boleh disisih…
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan…
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu…?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH…dan KEKASIH itu KAWAN…
perlu lah dihadiahkan “Sedalam lautan Setinggi kayangan” kerana “Kasih sayang tiada sempadan” tapi sayang…
KEKASIH tetap KEKASIH…
KAWAN tetap KAWAN…
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

Kenape??

Perempuan kalau nak shopping ada peringkat tengok-tengok barang.., pastu boleh dikatakan hampir sumua lorong akan dijelajahnya.., pastu wat perbandingan harga dan pilih barang.. Last skali bayar..

Lelaki kalau hendak membeli, tuju seksyen terbabit, pilih dan bayar.

  1. Adakah ini Latihan Minda??
  2. Atau ia terlalu complicated sangat??
  3. Atau perempuan terlalu teliti??

Kawan-kawan bantu saya..

Oh Hujan..

Hujan.. Oh Hujan.. Kenapa Engkau Turun .. (sambung lagu bangau oh bangau tu..)
Hurmmm.. bukan nk mengeluh psal hujan.. tu kn salah satu nikmat Allah s.w.t yg berikan kepada kita..
tp disebalik hujan lebat menyingkap pelbagai tragedi.. Nak tau ape nye tur!!??

  • Padang Bola

Knape ngan padang bola??
padang bola ditenggelami air!!
eh biar betul!! mane mungkin.. jangan main2…
laa., xcaye ke?? cube tgk..

Tenggelam

5 November 2009

tenggelam26 November 2009

ape macam..?
skrg da percaya kn..

  • Connection Internet

Connection Internet aku ni asyik putus memanjang.. kalu time2 cuace panas terik xpnah lak wat hal cam nie..
Tp walau ape pn.. time cuace cam nie la paling seronok tido.. confirm lena punye la.. sejuk sgt.. 😛

Sebagai renungan – Cara Betul Mandi Hadas

Assalamu’alaikum,

Utk melakukan mandi wajib yg betul,seseorg itu tidak blh melakukannya dgn hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bagi memblhkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam gombak timur dan penceramah, didpti ramai umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi slh satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorg itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dgn betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak blh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

“Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

“Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: ”

“Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranyadia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.” Jelasnya lagi..

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

“Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. “jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib lah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

“Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

“Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

“Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

“Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetepi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.”

“Tapi dalam hal ini, jgn pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah? Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa solat dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

“Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, ustaz hj mat jais menegaskan, sebab2 nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah).

“Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

“Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, se elok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh.”

sumber http://academic-division.forumotions.com/knowledge-morning-talk-f18/cara-mandi-wajib-yg-betul-sedikit-petua-t55.htm

Meja Study??

meja-study

Beginikah keadaan di atas meja study ku??

Patutlah xde semangat nak study lg… Dengan laptop, printer, jam, mug…

Final exam sudah hampir tiba..

Aduh!! Sudah terlambatkah aku ni??? Atau masih ada harapan lagi??

(_ _”)